18 Jan

Orange Set - Baby Muiz

Salam sejahtera..

Tempahan kali ini adalah dari kenalan facebook saya iaitu Abby Sha. Ini merupakan tempahan kedua beliau. Set earflap dan boot berwarna oren. Dengan kombinasi warna merah dan hijau. Beliau membuat tempahan unutk anaknya, Muiz. Pada mulanya saya agak ragu-ragu dengan warna oren terang ini. Tapi setelah siap, ianya nampak menarik.

Set ini telah selamat sampai kepada tuannya. Dibawah ini adalah gambar baby Muiz menggayakan set oren ini. Comel kan… Terima kasih kerana sudi berurusan dengan saya.



14 Jan

Set Newborn Baby

Assalamualaikum..

Sudah 2 minggu kita menjalani kehidupan di tahun 2012. Rutin harian saya mula padat kembali dengan urusan anak-anak sekolah seawal jam 6 pagi hingga tengahari. Kemudian disambung pula waktu petang kerana anak sulung sudah bersekolah agama sesi petang.

Gambar dibawah ini adalah tempahan dari Nuradilah Syafiqah, Putrajaya. Beliau membuat tempahan terus melalui website saya, sinar kreatif store. Tempahan untuk newborn baby dengan ukuran standard untuk bayi antara 1-4 bulan. Oleh kerana bayinya belum lagi dilahirkan set ini merupakan persediaaan awal untuk menyambut bayi. Set ini boleh digunakan sehingga bayi berumur 5-6 bulan. Bergantung juga kepada besar anak. Telah saya poskan kepada beliau tempohari. Diharap sudah sampai dan terima kasih diucapkan atas tempahan ini.



22 Dec

Kopiah kait kelabu dan hitam

Insya-Allah saya akan balik ke kampung pada hari ini atau esok. Bercuti hingga 26 haribulan. Pagi tadi hujan lebat dan sekarang cuaca masih mendung. Tak kering baju diampaian sekiranya matahari tak muncul hari ni. Harapnya tengahari nanti cuaca cerah sedikit.

Sebelum bercuti ni, saya update tempahan terakhir di bulan Disember. 2 pasang kopiah tempahan rakan saya Nur Ashikin Abd Wahab. Ini merupakan tempahan kali ketiga dari beliau. Kopiah bernama MAHDI, berumur 5 tahun dengan ukuran 48cm. Sepasang lagi tempahan kopiah hitam dengan ukuran 36cm. Telah saya poskan kepada beliau semalam. Terima kasih atas tempahan yang dibuat.



18 Dec

Topi pink dan Set biru

Hari ini saya akan balik ke kampung atuk saya dan berada di sana dalam 2-3 hari. Dah lama tak menjenguk mereka. Cuti sekolah kali ini tidak banyak masa untuk berjalan-jalan kerana saya ingin menyiapkan beberapa tempahan sebelum bercuti seminggu untuk majlis perkahwinan kakak saya yang berlangsung 25hb Disember nanti.

Saya update dulu tempahan yang sudah siap 2 hari yang lepas. Tempahan dari Norhaliza Bt Halid dari Muar, Johor. Item telah saya poskan tempohari dan diharap sudah selamat sampai kepada tuannya. Beliau membuat tempahan earflap hat, beanie dan satu set kopiah dan boot. Terima kasih atas tempahan yang dibuat.




17 Dec

Tempahan Kak Puteri

Assalamualaikum..

Set topi dan sandal berwarna pink turquoise ini adalah tempahan kak Wan Shaniza Wan Ahmad atau lebih saya kenali dengan nickname Puteri. Beliau membuat tempahan set newborn untuk anak bekas rakan sekolahnya. Pada mulanya saya agak mungkin untuk anak buah beliau. Rupanya salah tekaan saya itu kerana kak Puteri sudah tiada anak buah yang kecil. Set ini telah saya poskan ke destinasinya tempohari. Harap sudah sampai dengan selamat. Terima kasih atas tempahan yang dibuat.




800408 / 503009 / 604267 / 201703 / 882968 / 847930 / 940537 / 507620 / 206626 / 319688 / 715290 / 605324 / 867636 / 253418 / 617676 / 559779 / 306224 / 623330 / 267557 / 504367 /
 
192.168.1.1Flush DNSLinksys Router Setup
192.168.1.1
192.168.1.1
192 168 1 1
flush dns
Linksys Router Setup
192.168.1.1
192.168.1.1
Linksys Router Setup
Linksys Router
310 433-8813
phone number lookup
310 433 8813
949-701-7243
614-935-2348
phone number lookup
192.168.1.1