26 Aug

Golden Shadow

Set gelang dan rantai ini ialah kepunyaan kakak ipar saya. Hari itu dia minta saya ikatkan 2 warna kristal China yang dibawanya dengan 14k wire. Kali ini kristalnya agak besar juga iaitu berukuran 8cm dan 14cm. Saya ikat gelang dan rantai ini mengikut susunan seperti mana yang diminta. Sepasang safety pin brooch yang ringkas juga dapat dihasilkan.

Hari raya pun dah dekat, jadi minggu ini saya akan hantarkan kedua set aksesori kepunyaannya bila balik kampung nanti. Tahun ini belum lagi berkesempatan untuk berpuasa dan berbuka di kampung. Insya-Allah dalam minggu ini saya akan menjenguk kedua ibu bapa di kampung selama beberapa hari. Jadi saya akan bercuti dalam masa itu.








Leave a Reply