Pengumuman - Masa kritikal
Salam sejahtera semua..
Sejak akhir-akhir ini pihak courier tidak dapat melaksanakan tugas penghantaran dengan cepat. Berikutan lambakan bungkusan dan dokumen yang perlu dihantar diserata tempat. Maklumlah, bulan ini adalah bulan yang kritikal bagi semua courier service. Terlalu ramai pengguna menggunakan khidmat pos dan kebiasaannya barang akan sampai lewat dari hari biasa. Begitulah setiap tahun, mungkin bagi anda yang sudah biasa berurusan dengan pihak courier memahami keadaan ini.
Kadangkala barang yang saya order dari supplier juga sampai agak lewat. Oleh kerana saya juga membeli barang dari luar, tidak dapat saya pastikan pada ketika ini bila masanya barang akan diterima dan dihantar. Saya amat berharap pelanggan-pelanggan saya memahami keadaan ini dan bersabar menanti barang yang dibeli sampai ke tangan anda.
Segala kesulitan dan kelewatan ini adalah sama sekali tidak disengajakan. Kerana perkara begini adalah diluar kawalan saya. Saya tidak dapat mengarahkan mana-mana khidmat courier untuk bergerak lebih pantas dari apa yang mereka boleh lakukan. Barang-barang tetap akan saya hantar kepada anda, walaupun mungkin lewat sehari dua.
Jadi, di sini saya memohon maaf sekiranya perkara ini memberikan kesulitan kepada anda semua. Terima kasih kepada anda yang memahami situasi ini dan terima kasih atas kepercayaan anda.
