Belian ditutup.. salam lebaran
Salam lebaran buat semua…
Saya ingin memaklumkan kepada semua, pada minggu hadapan tempahan dan belian ditutup sehingga berakhir cuti hari raya Aidilfitri. Penghantaran terakhir ialah pada hari Sabtu dan Isnin. Ini adalah antara belian yang telah dibuat oleh pelanggan yang membeli pada hari Rabu dan Khamis yang lepas.
Minta maaf kepada semua yang mana tempahannya terpaksa saya tolak. Ini adalah untuk mengelakkan berlakunya kelewatan penghantaran barang. Saya tidak mahu mengambil risiko dengan membenarkan anda membuat belian pada minggu hadapan kerana tidak dapat dipastikan perjalanan courier.
Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI. Saya memohon maaf zahir batin sekiranya sepanjang urusniaga bersama pelanggan, ada kesilapan dan kesalahan yang saya lakukan. Terima kasih kerana sudi berurusniaga dengan saya. Sambutlah Aidilfitri ini dengan penuh rasa kesyukuran dan kemeriahan.
