Margaritas Daisy


Gelang ini merupakan rekaan gelang anyaman 2 layer. Kali ini saya menggunakan margaritas daisy untuk rekaan bunga di atas gelang anyaman ladder yang biasa. Nampak lebih berseri gelang ini walaupun menggunakan kombinasi warna hitam dan putih.
Ukurannya bunganya tidak terlalu besar kerana kristal yang digunakan bersaiz 4mm, 5mm dan 6mm sahaja. Rekaan bunga ini juga boleh ditukar dengan menggunakan kristal UFO dan Heart. Terpulang kepada citarasa dan kesesuaian pergelangan tangan.
Material : Kristal SW Bicone 4mm dan 5mm, Daisy 6mm, High quality silver clasp
Ukuran : 15.5cm
Harga : RM80
