29 Nov

Tutorial Bola Kristal

TUTORIAL MEMBUAT BOLA KRISTAL

Bahan dan peralatan yang digunakan ialah :
1) Cutter
2) 4mm kristal bicone ( 12 biji)
3) Tali tangsi size 30 (beading string clear)


















STEP 1
1) Ukurkan tali tali sepanjang 6 inci dan potongkannya
2) Ambil 3 biji Kristal 4mm bicone dan masukkan ke tali
3) Letakkan kristal tersebut ditengah tali. Samakan panjang kedua hujung tali



















STEP 2
1) Ambil 1 biji lagi Kristal 4mm bicone
2) Masukkan kedua tali ke lubang kristal secara bersilang
3) SILA RUJUK ANAK PANAH UNTUK LIHAT ARAH TALI KELUAR DAN MASUK
4) Kemudian, tarikkan kedua tali dan rapatkan kedudukan Kristal seperti dalam gambar kecil



















STEP 3
1) Setelah itu, ambil 2 biji Kristal 4mm bicone dan masukkan di kedua belah tali
2) Ambil 1 biji kristal lagi dan masukkan tali ke lubang kristal secara bersilang
3) Tarik dan rapatkan kedudukan kristal

















STEP 4
1) Ulangi STEP 3 sehingga 12 biji kristal ( SILA RUJUK GAMBAR DI ATAS )
2) 2 biji kristal terakhir iaitu kristal bernombor 11 dan 12 berada di tali (1) dan (2)



















STEP 5
1) Bawakan tali (1) lalu masukkan ke kristal paling hujung dan keluarkannya semula
2) Buat langkah yang sama di tali (2) pula
3) Tali dimasukkan secara bersilang ( SILA RUJUK ANAK PANAH )
4) Tarik kedua tali tersebut dan rapatkan kedudukan kristal



















STEP 6
1) Dengan merapatkan kedudukan kristal, bola kristal terbentuk
2) Setelah itu, masukkan tali (1) ke kristal bernombor 4, 3 dan keluarkannya
3) Masukkan tali (2) ke kristal bernombor 2 dan keluarkannya
4) Tali akan bertemu antara satu sama lain













STEP 7
1) Anda boleh lihat tali bertemu pada gambar di bawah
2) Kemudian, ikat mati kedua tali sebanyak 2 kali ikatan
3) Setelah itu, masukkan dan selitkan lebihan tali dikristal
4) Potong lebihan tali yang masih ada


BOLA KRISTAL YANG TERHASIL






12 Responses to “Tutorial Bola Kristal”

  1. 1
    ju Says:

    Salam. Menarik tutorial ni untuk dicuba. Saya pernah jumpa keychain bola kristal yang menggunakan kristal donut. Rasanya step sama gak ke kalau guna donut? Terima kasih banyak2 ye kerana share skill ni. TQ.

  2. 2
    admin Says:

    hai ju.. selain dr hp strap.. bola kristal ni boleh juga digunakan utk gelang sebaris dan gelang 14k

  3. 3
    ju Says:

    berapa biji donut 8mm diperlukan kalau utk buat bola ni? kalau nak saiz bolanye besar, mcmn plak?tq

  4. 4
    admin Says:

    kalau guna 8mm donut sama juga.. 12 biji. sy tak pasti macamana nak buat saiz bola yg lebih besar

  5. 5
    aishah Says:

    akum kak saya berminat pasal kristal2 ni rasa nk meniaga kecil2 tapi saya x yakin la.sy tgk syok jer akak pandai buat smua ni.sy suri rumah tangga boring ingat nk cuba2 dulu la

  6. 6
    admin Says:

    wslm aishah..
    tak salah nak cuba… berniaga nak kena banyak bersabar.. kalau takde asas boleh beli ebook yang saya jual..

  7. 7
    ana Says:

    saya pun pernah buat tapi permintaan org kurang sbb ia rasa berduri.. dan tak selesa di pakai.. saya telah byk hasilkan paten2 yag berbeza mengikut kehendak pelangan.. tapi bebola kristal ni kurang sambutan.

  8. 8
    admin Says:

    ye.. memang ada rasa berduri.. sbb ianya bicone.. tajam dihujung..

  9. 9
    anna Says:

    assalamualaikum..

    dalam ebook to ada berapa design ya cik..seronok pula saya lihat..macam nak cuba buat..

  10. 10
    admin Says:

    Walaikumsalam Anna..

    Dlm ebook part 1,2,3 ada 21 design aksesori yg berlainan. Ianya sesuai untuk beginner. Kepada yg tiada asas membuat ksesori digalakkan untuk membeli. Tutorial step by step. Ada gambar dan penerangan yang jelas. Antara aksesori yang di ajar ialah gelang, subang, rantai, brooch, jam, cincin, charm.

    Ebook part : teknik stringing
    Ebook part 2 : teknik looping
    Ebook part 3 : teknik anyaman

  11. 11
    lynda Says:

    salam…
    akak, nak tanyer, dlm e-book tu ade x cara nak buat bakul (cth bakul telur) daripada manik? sy nak blaja la..mcm kiut jee… :D

  12. 12
    admin Says:

    wslm linda..
    minta maaf ye.. dlm ebook tu hanya ada tutorial yg asas utk gelnag, rantai, jam dll. takde utk buat aksesori comel.

Leave a Reply