FAQ


Salam sejahtera,

Ada beberapa customer yang bertanyakan soalan yang sama berkenaan belian bahan mentah :



Soalan 1 : Kenapa 3 hari selepas buat bayaran baru barang dihantar?


Jawapan : Saya tidak menyimpan stok yang banyak di rumah. Oleh itu, saya perlu mengambil stok dari supplier dahulu untuk memenuhi order dari customer. Dan kenapa perlu buat bayaran dulu? Ianya adalah untuk memastikan yang anda benar-benar mahu membuat belian. Bukan buat belian berdasarkan janji mulut sahaja. Semuanya perlukan kos ye. Harap maklum.



Soalan 2 : Kenapa buat bayaran baru dapat barang? Bayar separuh dulu boleh tak?


Jawapan : Mestilah buat bayaran dahulu baru barang dihantar. Ini adalah atas sebab-sebab yang kukuh. Kadang-kadang ada customer order barang dalam jumlah yang banyak, TAPI TAK JADI NAK BELI. Jadi, jika saya susah sediakan barang, maka kerugian dipihak saya. Kadang-kadang ada yang bertangguh untuk buat bayaran. Bayaran separuh juga tidak dibenarkan. Semuanya perlulah tunai. Kerana jika tidak, ramai customer yang akan CANCEL order sedangkan barang pun telah disedia untuk dihantar. Jadi saya tak akan melayan janji-janji manis. Oleh itu pastikan anda membeli barang yang diperlukan sahaja. Harap faham.


Soalan 3
: Kalau hantar guna pos, kristal tak pecah ke? Ada ganti balik tak kalau pecah? Kristal yang dah dibeli boleh ganti dgn warna lain tak?


Jawapan : Perhatian kepada semua, kristal yang telah dibeli dan berkeadaan baik tidak boleh diganti atau dipulangkan. Untuk penghantaran bahan mentah dan tempahan aksesori dari customer, saya hanya menggunakan khidmat GD Express. Dan semua barang dihantar dengan bubble wrap/berkotak. Barang yang dihantar telah dinyatakan “fragile” dan hanya supervisor GD Express sahaja yang membawa barang itu. Barang tidak akan dicampur dgn barang-barang berat yang lain. Jadi jika ada kristal yang pecah, saya akan ganti dalam masa seminggu. Syaratnya anda wajib memulangkan kristal yang telah pecah itu kepada saya dalam masa 2 hari dari tarikh terima. TOLONG JANGAN CLAIM untuk barang yang tak pecah OK!! Harap jelas.


Soalan 4 : Kenapa perlu email untuk beli bahan mentah?


Jawapan : Seperti yang anda sedia maklum, warna dan jenis kristal adalah banyak. Begitu juga dengan bahan-bahan yang lain. Jadi untuk memudahkan anda membuat belian, anda hanya perlu senaraikan barang yang anda mahukan. Di dalam email itu nanti saya akan kirakan jumlah belian termasuk kos pos yang perlu dibayar. Di email jugalah anda boleh cancel dan tambah order yang anda mahukan. Setelah semua dibincangkan dengan jelas barulah anda perlu membuat bayaran. Ini juga cara yang lebih mudah bagi anda yang tidak pasti dengan tatacara belian secara online. Harap maklum.

Leave a Reply