About Us
Assalamualaikum dan Selamat datang ke blog Sinar Creation.
Di sini saya ucapkan ribuan terima kasih kepada pengunjung laman web saya iaitu di SinarKreatif.Com dan juga pelanggan yang telah sudi berurusniaga dengan saya. Begitu juga kepada rakan-rakan dan keluarga yang selama ini menyokong bisnes kecil-kecilan yang saya jalankan ini.
Saya adalah seorang surirumah sepenuh masa yang menjalankan perniagaan saya dari rumah. Jadi, sesiapa yang mencari-cari lokasi kedai saya maka di sini saya nyatakan perniagaan saya ini 100% dijalankan dirumah sahaja. Saya memulakan bisnes kristal dan mutiara ini pada tahun 2007. Pada masa itu saya hanya menjalankan bisnes ini secara offline dan mendapat sambutan yang menggalakkan dari kawan-kawan dan keluarga. Pada akhir tahun 2007 saya telah mula menjalankan bisnes ini melalui internet. Alhamdulilah dengan berkat usaha yang berterusan, saya berjaya membina laman web pada Februari 2008.
Pada mulanya saya tidak terfikir untuk mewujudkan satu blog khas untuk tujuan perniagaan kerana bagi saya laman web sahaja telah cukup bagi perniagaan online. Tetapi sejak akhir-akhir ini saya mula terfikir untuk berkongsi cerita dan memaparkan aktiviti saya dalam merangkai aksesori secara umum.
Kepada sesiapa yang mahu membuat sebarang pertanyaan jangan segan untuk menghubungi saya sama ada melalui telefon atau email. Terima kasih atas sokongan anda semua.

Rohaida Bt Alias
www.sinarkreatif.com
